Wanita Palestin dibebaskan selepas 15 tahun dipenjara

GAZA, 16 Apr 2017 (PIC) — Tahanan wanita paling lama dalam sejarah Palestin, Lina Ahmed al-Jarabouni, 43, dibebaskan dari penjara Zionis pagi tadi setelah merengkuk selama 15 tahun.

Wanita dari bandar Arrabat al-Battuf di kota Akka itu ditangkap oleh polis Zionis pada 18 April 2002 dan dihukum penjara selama 17 tahun atas tuduhan terlibat dengan pergerakan Jihad Islami dan membantu operasi serangan ke atas rejim penjajah.

Ketika dalam tahanan, beliau mengalami masalah jangkitan di bahagian perut, selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu tiga tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan ringkas beliau, Lina menyeru seluruh masyarakat Palestin bersatu menyatakan solidariti kepada para tahanan yang dikurung dalam keadaan yang sangat teruk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts