Yahudi Diberi Ganjaran Jika Ditangkap Lakukan Ritual di Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 28 Okt 2015 (Maan) — Sekumpulan pelampau Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa dan cuba melakukan ritual agama mereka setelah sebuah pertubuhan Yahudi, Return to the Mount, mengumumkan bahawa setiap orang Yahudi yang ditangkap melakukan ritual agama mereka di situ akan dibayar dengan ganjaran sebanyak 2,000 shekels (RM2,210).

Kempen yang dinamakan “Tangkap dan Menang” dilancarkan semalam sebagai membantah “langkah pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu untuk mengekalkan status quo” tapak masjid suci umat Islam tersebut.

Penjaga Jabatan Wakaf bagaimanapun cuba menghalang sekumpulan Yahudi yang melakukan ritual di Pintu al-Rahma ketika mereka meninjau perkarangan masjid.

Pada masa yang sama polis Zionis menghalang sekumpulan wanita Palestin daripada mendekati kawasan masjid.

Suasana tegang terus mengancam penduduk Palestin terutamanya di sekitar Masjid Al-Aqsa apabila pelampau dan pemimpin Yahudi berusaha mencemari masjid tersebut, sekaligus memungkiri persetujuan yang tidak membenarlan orang bukan Islam melakukan ritual agama mereka di situ.

Dalam perjanjian pada tahun 1967, kaum Yahudi tidak dibenarkan melakukan ritual agama mereka di Masjid Al-Aqsa. Mereka bagaimanapun dibenarkan beribadat di Tembok Ratapan di sebelah barat masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts