Yahya Ayyash, Sang Jurutera Yang Digeruni Zionis

5 Januari 1996 merupakan tarikh kesyahidan seorang Jurutera terkenal Briged al-Qassam, iaitu Yahya Ayyash. Sudah hampir 30 tahun beliau syahid, namun kisah beliau masih segar hingga kini.

Siapa Yahya Ayyash

Yahya Abd al-Latif Ayyash dilahirkan di Rafat, Palestin pada 3 Mac 1966. Ketika kecil lagi beliau berminat dengan ilmu kemahiran seperti membaiki radio, televisyen dan sebagainya.

Minat yang tinggi dan mempunyai kemahiran dalam bidang elektrik, beliau menyambung pengajian di Universiti Birzeit. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan eletrik (ijazah) pada 1991.

Beliau sudah lama tertarik dengan perjuangan islam terutamanya perjuangan Ikhwanul Muslimin. Perkara ini adalah titik tolak untuk beliau menyertai Briged al-Qassam pada tahun 1992.

Perintis Operasi Istisyhadi

Yahya Ayyash terkenal sebagai seorang lelaki yang memiliki pemikiran yang mendalam serta cerdas. Beliau merupakan pencipta bom untuk al-Qassam dan ketua Batalion al-Qassam di Baitul Maqdis.

Pada masa yang sama, Yahya Ayyash juga merupakan perintis kepada operasi berani mati atau istilah Arabnya, al-Istisyhadi yang diperkenalkan pada Disember 1992. 

Operasi syahid yang dilaksanakan di Palestin ini tidak sama dengan operasi membunuh diri. Operasi ini satu strategi yang menjadi pilihan terakhir dalam memerangi musuh. Taktik licik ini bertujuan untuk meruntuhkan pengaruh Israel kerana mereka melaksanakan dikawasan yang dijajah oleh musuh.

Pada 16 April 1993, operasi berani mati syahid pertama telah dilaksanakan di Bisan oleh Saher Tamam yang berasal dari bandar Nablus. 

Ketangkasan Yahya Ayyash dalam menyusun strategi penyamaran dan pengeboman menggerunkan golongan Israel-Zionis. Buktinya, seluruh warga Israel menggelar Yahya Ayyash sebagai ‘Lelaki dengan Seribu Wajah’ dan ‘The Engineer’ kerana teknik penyamarannya yang luar biasa dalam usaha memasang bom di kawasan jajahan Israel bagi membunuh rejim Zionis. Menariknya, gelaran The Engineer bukanlah digelar oleh HAMAS tetapi pihak musuh.

Perdana Menteri Israel yang kelima, Yitzhak Rabin turut paranoid dengan sosok tubuh bernama Yahya Ayyash sehingga pernah mengatakan: 

“I am afraid that Ayyash is sitting among us in the Knesset.”

Tidak dinafikan sepanjang kedewasaan Yahya Ayyash yang banyak menyumbang kemahiran kepada Briged al-Qassam telah meletakkan beliau sebagai salah satu tunjang utama sayap ketenteraan Hamas.

Maka tidak hairanlah mengapa Yahya Ayyash menjadi individu yang paling dikehendaki Israel. Sejarah merekodkan kira-kira empat tahun pihak ketenteraan Israel mengejar dan mencari Yahya Ayyash namun acapkali gagal kerana kelicikan lelaki itu.  Antara bentuk penyamaran beliau dengan menjadi pendeta yahudi!

Walaupun Yahya Ayyash berstatus pelarian sepanjang tempoh beliau berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, beliau sempat menurunkan ilmu pembuatan bom dan strategi pengeboman kepada 10 orang anak muridnya.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Yahya Ayyash ditakdirkan untuk bersembunyi di kediaman salah seorang sahabatnya bernama Osama Hamad di Gaza. Tindakan Yahya Ayyash itu diketahui oleh Kamil Hamad (ayah saudara Osama Hamad) menjadi titik akhir kepada kehidupan Ayyash.

Bagaimana Beliau Syahid?

Oktober 1995, Shin Beit, Agensi Keselamatan Israel, dengan kerjasama dari pihak berkuasa Palestin (P.A) bersepakat dengan Kamil Hamad untuk mengkhianati Yahya Ayyash. Kamil diberikan sebuah telefon bimbit yang dipasang dengan peranti pengesanan perbualan.

Telefon bimbit itu diberikan kepada Osama kerana beliau mengetahui Yahya Ayyash sering meminjam telefon Osama untuk menghubungi sesiapa yang dikehendaki. Perkara yang Kamil tidak ketahui ialah telefon bimbit itu dilengkapi dengan 15 gram bahan letupan jenis RDX.

Pagi 5 Januari 1996, Yahya Ayyash menerima panggilan daripada bapanya menerusi telefon bimbit dan perkara ini disedari oleh Shin Beit. Setelah mendengar perbualan mereka dan memastikan penerima panggilan itu adalah Yahya Ayyash, Shin Beit terus mengaktifkan letupan.

Kerana sebuah pengkhianatan, Yahya Ayyash telah maut.

Penghormatan Kepada Yahya Ayyash

Al-Qassam memberikan penghormatan kepada beliau dengan menamakan “Ayyash 250” kepada roket ciptaan al-Qassam. Roket Ayyash 250 ini mampu pergi sehingga 250km. Inillah roket yang digeruni oleh Zionis Israel kerana boleh pergi sehingga jarak yang jauh.

Perjuangan Yang Belum Tamat

Sepanjang perjuangannya membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis-Israel, beliau dikatakan terlibat dengan 11 misi berani mati syahid yang menyaksikan lebih 70 orang warga Israel, termasuk pelancong asing dan 13 orang pengganas maut.

Pihak Zionis Israel barangkali menganggap bahawa dengan mengambil nyawa Yahya Ayyash, orang Islam dan keseluruhan pasukan pertahanan Palestin akan lumpuh. Tetapi kematian beliau bukan melemahkan HAMAS, sebaliknya menguatkan HAMAS.

Dan Operasi Tufan al-Aqsa membuktikan gerakan HAMAS terus kukuh, kuat dan menggoncangkan Zionis Israel dan kuasa dunia yang diketuai Amerika Syarikat.

Tulisan dan olahan Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts