AL-QUDS, 6 Mac 2016 (PIC) — Jawatankuasa menteri Zionis bagi undang-undang hari ini bercadang untuk membuat undian bagi satu rang undang-undang yang akan mengharamkan laungan azan atas alasan untuk mencegah pencemaran bunyi.
Rang undang-undang tersebut bertujuan untuk mengharamkan imam dan muazin melaungkan azan menggunakan pembesar suara di semua masjid di al-Quds dan kawasan wilayah Palestin yang diduduki rejim Zionis.
Deraf undang-undang itu telah dibentangkan oleh ahli parlimen parti pelampau Jewish Home, Mordhay Yogev, bersama ahli parti tersebut dan beberapa ahli Parti Likud.
Sepanjang Februari lalu, rejim Zionis menghalang 45 kali laungan azan di Masjid Ibrahimi di al-Khalil kerana ianya dianggap mengganggu pendatang Yahudi.