Zionis Buka Semula Kilang Kimia di Haifa, Ancam Kesihatan Penduduk Palestin

chemicalHAIFA, 25 Sept 2014 (Alray) — Majlis Daerah rejim Zionis baru-baru ini memutuskan untuk membuka semula sebuah kilang kimia yang dinamakan Brocrom, sebuah industri milik ICC American Corporation.

Brocrom merupakan salah satu daripada kilang yang paling berbahaya di kawasan tersebut. Suatu ketika dahulu, kilang ini menghasilkan pencemaran secara langsung terhadap udara dan tanah, di samping mengeluarkan bahan beracun ke kawasan sekitar di Acre dan Haifay Bay.

Setelah berlakunya bantahan besar-besaran, sebuah mahkamah di sini memerintah supaya Brocrom telah ditutup berikutan insiden kebakaran pada tahun 2004 dan kemalangan serius yang mengakibatkan kematian beberapa orang pekerjanya, di samping peranan kilang tersebut dalam pencemaran di rantau itu.

Bagaimanapun, pada 2 Julai lalu rejim Zionis memutuskan untuk membina semula kilang itu di kawasan al-Jalboua walaupun majlis-majlis bandaran di kawasan itu enggan memberi kebenaran.

Pembukaan semula kilang itu akan mengancam kesihatan, mencemar udara dan alam sekitar bagi penduduk Palestin berdekatan termasuklah perkampungan al-Naoura, al-Moqeabla dan Sandala. Ribuan penduduk Palestin membuat rayuan terhadap keputusan itu namun belum mendapat sebarang jawapan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts