Zionis guna undang-undang Harta Yang Ditinggalkan untuk hapuskan bangsa Arab

JAFFA, 3 Jun 2016 (MEMO) — Dalam tahun 1920-an, Salim Khoury Shaya telah membina sebuah rumah yang besar di mana tujuh anaknya dilahirkan dan dibesarkan. Tidak lama sebelum tertubuhnya negara haram Zionis, tiga orang anaknya berkunjung ke Lubnan. Mereka tidak dapat pulang apabila peperangan tercetus.

Pada tahun 1950, rejim Zionis meluluskan undang-undang Harta Yang Ditinggalkan, di mana ketiga-tiga beradik tadi diisytihar sebagai “mereka yang meninggalkan harta.” Pihak berkuasa Zionis merampas rumah tersebut shungguhpun semua ahli keluarga yang lain masih tinggal di situ. Sembilan tahun kemudian, rejim Zionis membuat satu “ketetapan” bahawa pihak penjajah berkongsi milik, memegang hak sebanyak 40% ke atas rumah tersebut.

Rumah tersebut kini diuruskan oleh agensi perumahan Amidar. Pada tahun 2007, Amidar membawa kes ke sebuah mahkamah supaya keluarga Shaya membayar 471,000 shekel (RM502,167) jumlah sewa tertungak. Agensi tersebut juga mendesak mahkamah supaya membatalkan perkongsian milik, supaya mereka dapat menjual rumah tersebut kepada pembida paling tinggi.

Nilai 40% ke atas rumah tersebut dianggarkan sebanyak 2 juta shekel (RM 2.13 juta), yang sememangnya tidak mampu dibayar oleh keluarga Palestin tersebut. Oleh itu mereka kini berhadapan dengan arahan mengosongkan rumah yang diwarisi turun-temurun sejak hampir satu abad itu.

Pada tahun 2009 peguam keluarga Shaya berkata, “Rejim secara agresif dan penuh sinis cuba mengusir penghuni dari rumah mereka yang dibina sebelum negara haram itu terbentuk lagi, hanya kerana mereka adalah keturunan Arab.”

Kisah keluarga Shaya ini bukanlah kes yang terpinggir.

Dianggarkan 40% penduduk Palestin di Jaffa tinggal dalam rumah “harta yang ditinggalkan,” iaitu satu dari empat keluarga Palestin di Jaffa akan diusir keluar dari rumah mereka. Dari tahun 2007 hingga 2008, Amidar telah mengeluarkan sekurang-kurangnya 400 arahan mengosongkan rumah kepada penduduk Palestin di kejiranan Ajami di Jaffa.

Keluarga Shaya kini diberi pilikan untuk membeli rumah mereka sendiri, atau diusir keluar.

Undang-undang Harta Yang Ditinggalkan digunakan sepenuhnya oleh rejim untuk menghapus bangsa Arab dari atas tanah mereka sendiri. Sejak November 1947, rejim mempunyai kuasa untuk isytiharkan seseorang itu sebagai “meninggalkan harta” walaupun dia hanya meninggalkan rumahnya hanya sehari.

Tetapi undang-undang ini tidak terpakai ke atas penduduk Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts