AL-KHALIL, 4 Jan 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim penjajah Zionis menghalang laungan azan di Masjid al-Haram al-Ibrahimi sebanyak 600 kali sepanjang tahun 2015.
Pengurus jabatan wakaf di al-Khalil, Ismail Abu al-Halawah, semalam menjelaskan bahawa rejim Zionis menghalang laungan azan pada setiap hari Sabtu bagi empat waktu solat, dari Subuh hingga Maghrib. Manakala azan Maghrib diharamkan sepanjang tahun atas alasan mengganggu pendatang Yahudi.
Ismail turut memberi amaran kemungkinan tindakan rejim yang lebih ketat ke atas Masjid al-Ibrahimi pada tahun ini, memandangkan pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu baru-baru ini mengugut untuk menghentikan “bunyi bising” di Kota Lama al-Khalil, merujuk kepada laungan azan.