Zionis Halang Penduduk Arab Guna Bas Awam

basTEL AVIV, 26 Okt 2014 (Haaretz) — Rejim Zionis tunduk kepada tekanan pendatang Yahudi supaya menghalang pekerja Palestin daripada menggunakan kemudahan pengangkutan bas awam di Tebing Barat.

Menteri Pertahanan rejim Zionis, Moshe Ya’alon, telah mengeluarkan arahan supaya bas awam tidak mengambil penumpang berbangsa Arab mulai awal bulan hadapan, sungguhpun tindakan itu bertentangan dengan undang-undang negara haram itu sendiri.

Ratusan penduduk Palestin bekerja di kawasan bumi Palestin yang terjajah, terutamanya dalam sektor pembinaan. Atas nama keselamatan, semua warga berbangsa Arab mesti melalui sekatan pemeriksaan di lintasan Iyal berdekatan Qalqiya dan membawa permit kebenaran perjalanan sebelum dibenarkan menggunakan pengangkutan awam. Lazimnya mereka perlu menunggu sehingga dua jam setiap hari untuk melepasi pemeriksaan di situ.

Namun pemeriksaan ketat di lintasan Iyal belum cukup bagi pendatang Yahudi untuk menyiksa dan memberi tekanan ke atas penduduk Palestin di bumi mereka sendiri. Bahkan semua bangsa Arab perlu melalui penilaian keselamatan sebelum mendapat permit kebenaran perjalanan. Pertubuhan hak asasi B’Tselem mendakwa arahan Menteri Pertahanan ini hanyalah satu prejudis perkauman yang berselindung di sebalik alasan teknikal.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts