Zionis Pecah Masuk Dan Rompak Rumah Syuhada

robberAL-KHALIL, 10 Feb 2015 (Palinfo) — Tentera Zionis memecah masuk ke dalam rumah keluarga seorang syuhada Ezziddin al-Qassam di selatan al-Khalil, Amer Abu Eishe.

Dalam kejadian dua hari berturut-turut itu, tentera memecah masuk dan menggeledah rumah, dengan sengaja merosakkan isi rumah. Mereka juga mengugut untuk meletupkan rumah sekiranya keluarga mangsa enggan menyerahkan semua wang dan barang kemas yang mereka ada.

Tentera Zionis turut merompak barangan bantuan yang dihulurkan oleh saudara dan rakan-rakan yang prihatin terhadap keluarga Amer.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts