Zionis Penjara Kanak-Kanak Selama Dua Bulan

RAMALLAH, 21 Jan 2015 (Palinfo) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer telah menjatuhkan hukuman penjara selama dua bulan dan denda sebanyak 6,000 shekels (RM5,300) ke atas Malak al-Khatib, 14 tahun.

Malak ditangkap 31 Disember lalu berhampiran sekolahnya atas tuduhan membaling batu dan membawa sebilah pisau, satu dakwaan yang disifatkan oleh bapanya sebagai tidak masuk akal.

Malak yang telah ditahan di dalam penjara selama 22 hari berturut-turut sejak hari beliau ditangkap kini dipindahkan ke penjara HaSharon.

Pusat tahanan Palestin mendesak supaya pihak berkenaan mengenakan tekanan ke atas pihak berkuasa Zionis supaya membebaskan Malak, yang berasal dari perkampungan Beitin di Ramallah. Pusat tersebut memberi amaran tentang kesan psikologi ke atas kanak-kanak perempuan itu, yang sebelum ini telah dilanjutkan tahanan sebanyak dua kali. Sedangkan Malak tidak melakukan apa-apa kesalahan, tambah kenyataan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts