Zionis Pinda Undang-Undang Hukum Pembaling Batu

stoneBETHLEHEM, 22 Julai 2015 (Maan) — Parlimen Zionis, Knesset, Isnin lalu meluluskan pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas mereka yang dituduh membaling batu.

Dengan pindaan tersebut, mereka yang dapat dibuktikan berhasrat membaling batu untuk tujuan mencederakan seseorang atau merosakkan sesuatu akan dikenakan hukumam penjara sehingga 20 tahun.

Pihak berkuasa juga boleh mengenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun bagi kes yang tidak dapat dikemukakan bukti. Hukuman sehingga 10 tahun itu boleh dijatuhkan ke atas mereka yang membaling “batu atau apa-apa objek ke arah kenderaan yang bergerak dengan cara boleh membahayakan penumpang atau mereka yang berada di sekitar tempat kejadian.”

Undang-undang baharu ini juga memudahkan lagi proses menghukum mereka yang membaling batu ke arah kenderaan polis.

Selain dari itu, hukuman selama 5 tahun juga boleh dikenakan dalam kes yang boleh dibuktikan terdapat “tujuan mengganggu prestasi anggota polis dalam menjalankan tugas atau menghalang anggota polis daripada menjalankan tugas.”

Sebelum pindaan, mereka yang membaling batu ke atas kenderaan boleh disalahkan dan dihukum sehingga 20 tahun, di mana pihak berkuasa sendiri harus mengemukakan bukti bahawa pesalah bertindak atas tujuan mencederakan atau merosakkan.

Setiap tahun, rejim Zionis menahan ratusan penduduk Palestin atas tuduhan membaling batu. Menurut laporan pertubuhan has asasi B’Tselem dari tahun 2005 hingga 2010, 93% kanak-kanak yang disabitkan kesalahan membaling batu telah dijatuhkan hukuman penjara di mana ada yang ditahan selama sehingga 20 bulan.

Lima remaja Palestin dari perkampungan Hares di Tebing Barat berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah dituduh cuba membunuh, apabila dituduh terlibat dalam satu insiden membaling batu.

Awal bulan lalu, Muhammad Kasbah, 17 tahun, ditembak mati di kem pelarian Qalandiya dalam satu insiden membaling batu ke aras sebuah jip tentera Zionis. Komander Zionis yang bertanggungjawab ke atas kes kematian tersebut mendakwa nyawa beliau dalam keadaan bahaya, walaupun rakaman video mengesahkan laporan saksi yang menyebut bahawa Muhammad Kasbah ditembak ketika beliau sedang melarikan diri.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts