Zionis roboh dua buah rumah Palestin di al-Quds

AL-QUDS, 17 Mei 2016 (Maan) — Polis penjajah Zionis pagi tadi merobohkan dua buah rumah milik keluarga Tutanji dan Ghanim di kejiranan al-Suwwana yang didakwa dibina tanpa permit.

Sepasukan besar polis dikerahkan pada awal pagi di mana tentera mengepung kawasan tersebut, dan beberapa orang askar bertopeng memecah masuk rumah terbabit serta mengarahkan semua ahli keluarga meninggalkan rumah mereka tanpa memberi masa untuk menyelamatkan barangan dan pakaian.

16 ahli keluarga Tutanji, kebanyakannya kanak-kanak, kini tidak ada tempat berteduh. Mereka tinggal di situ sejak 18 tahun lalu.

Dalam kejadian di rumah keluarga Ghanim, tentera memecah masuk secara ganas tanpa memberi ruang kepada tujuh ahli keluarga tersebut menyelamatkan sebarang harta mereka. “Hanya dalam beberapa saat (selepas memecah pintu rumah), mereka semua sudah mengelilingi katil kami. Mereka tidak membenarkan saya mengenakan pakaian sesuai untuk menutup aurat, jadi saya cepat-cepat berkelubung dengan sehelai selendang,” kata Karima Ghanim, ibu keluarga tersebut.

Mereka sekeluarga berkejar ke dalam kereta tidak jauh dari rumah mereka, namun tentera tetap mengarahkan mereka beredar dari kawasan tersebut sehingga tiba di kawasan Hospital al-Hilal.

Tindakan meroboh rumah penduduk Palestin semakin meningkat kebelakangan ini, dengan pihak Zionis memberi alasan “rampasan untuk keperluan ketenteraan,” pembinaan tanpa permit dan juga sebagai hukuman kolektif terhadap ahli keluarga yang didakwa membuat serangan.

Kawasan tempat tinggal keluarga Tutanji and Ghanim melibatkan tanah seluas 27,00 meter persegi, iaitu sebahagian daripada tapak di Kota Lama yang diperuntukkan oleh rejim penjajah sejak tahun 1970 untuk dijadikan sebuah taman negara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts