Zionis Serang Warga Emas Pertahan Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Okt 2014 (EletronicIntifadah) — Pasukan keselamatan rejim Zionis menyerang dan menangkap seorang warga emas Palestin di Masjid al-Aqsa awal pagi Ahad lalu.

Insiden tersebut berlaku di Pintu al-Silsila, di mana Abu Bakr al-Shaimi yang dilaporkan mempunyai masalah sakit jantung cuba melepaskan diri daripada ditangkap. Beliau merupakan salah seorang murabitun, iaitu para jemaah yang beriktikaf di masjid bagi menghalang tindakan Yahudi menceroboh masuk dan menyerang para jemaah.

Tujuh orang Muslimat dari kalangan murabitat turut ditangkap ketika keluar dari masjid pada hari Rabu minggu lalu atas tuduhan menghalang pelampau Yahudi memasuki kawasan masjid. Mereka dibebaskan keesokan hari setelah membayar denda 750 shekels (RM 650) setiap seorang dan diharamkan memasuki masjid al-Aqsa selama 30 hari.

Serangan dan tangkapan ke atas para jemaah Masjid al-Aqsa semakin meningkat kebelakangan ini, seiring dengan meningkatnya pencerobohan Yahudi ke dalam kawasan masjid. Mereka yang ditangkap lazimnya disoal-siasat dan dikenakan tahanan dalam rumah.

Umumnya, rejim Zionis menghalang Muslimin yang berumur di bawah 50 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa. Kebelakangan ini, Muslimat turut dihalang masuk kerana dikatakan sering menggangu kehadiran Yahudi di situ.

Antara taktik yang digunakan oleh rejim Zionis untuk menghalang kehadiran para murabitun adalah dengan mengambil dan menyimpan kad pengenalan setiap ahli jemaah yang memasuki masjid. Dengan cara ini, para jemaah tidak dapat beriktikaf sepanjang malam. Justeru, mereka tidak dapat berada di masjid sebelum pendatang Yahudi menceroboh keesokan pagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts