Zionis tolak rayuan Sheikh Raed Salah

AL-QUDS, 18 Apr 2016 (MEE) — Mahkamah Agung Zionis menolak rayuan Sheikh Raed Salah terhadap tuduhan mencetus keganasan ke atas beliau, sebaliknya mengurangkan hukuman penjara ke atas beliau selama dua bulan.

Dakwaan ke atas pemimpin Pergerakan Islam Palestin 1948 itu adalah berkaitan dengan satu khutbah yang beliau sampaikan di kejiranan Wadi Joz di al-Quds Timur pada bulan Februari 2007.

Ketika itu, beliau dihukum tidak mendekati kawasan sejauh 150 meter dari Kota Lama al-Quds.

Dalam khutbahnya, Sheikh Raed menyeru penduduk Islam untuk melindungi Masjid al-Aqsa daripada pencerobohan pendatang Yahudi dan ahli Parlimen Zionis. Pendakwaraya Zionis mendakwa beliau telah mencetus keganasan dan ketegangan kaum.

Pada buan Mac 2014, beliau didapati bersalah mencetus keganasan, namun tidak bersalah dalam tuduhan menimbulkan ketegangan kaum. Beliau dihukum penjara selama lapan bulan.

Kedua-dua pihak kemudiannya membuat rayuan, dan di akhir 2014 Mahkamah Daerah al-Quds mendapati beliau bersalah menimbulkan ketegangan kaum dan hukuman penjara ke atas beliau ditambah sehingga 11 bulan. Rayuan dibuat sekali lagi, namun pada bulan Oktober 2015 namun Mahkamah Daerah al-Quds mengekalkan keutusan mereka.

Semalam Mahkamah Agung menolak permohonan untuk Sheikh Raed membuat rayuan, tetapi mengurangkan hukuman penjara beliau kepada sembilan bulan.

Sheikh Raed dijadualkan mula dipenjara pada 8 Mei.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts