GAZA, 12 Sep 2015 (Alray) — Rejim Zionis menutup pintu lintasan Karm Abu Salem, satu-satunya lintasan barangan komersial ke Gaza, selama lima hari berturut-turut atas alasan sambutan perayaan Yahudi.
Tiga perayaan Yahudi disambut sepajang bulan September, termasuk sambutan tahun baharu yang digelar Rosh Hashanah.
Penutupan lintasan itu akan menghalang kemasukan barangan keperluan mendesak di Gaza terutamanya minyak disel dan gas memasak. Stesen janakuasa elektrik tunggal di Gaza tidak akan dapat beroperasi sekiranya bekalan minyak tidak dibawa masuk segera.