Masjid al-Aqsa mempunyai 15 pintu-pintu masuk, 10 daripadanya masih dibuka manakala lima yang lain ditutup dan tidak lagi digunakan.

Sepuluh pintu yang masih digunakan itu adalah Al-Asbath, Khuttah, Al-Atam, yang ketiga-tiganya terletak di sebelah utara masjid, Al-Magharibah, Al-Ghawanimah, An-Nazhir, Al-Hadid, Al-Muthaharah, Al-Qanathin, Al-Silsilah; ketujuh-tujuh pintu ini terletak di sebelah barat masjid. Semua pintu-pintu ini dibuka laluan keluar-masuk untuk untuk kecuali Al-Magharibah, di mana kunci-kuncinya dirampas oleh rejim Zionis pada tahun 1967 dan mereka melarang umat Islam menggunakan pintu ini.

Manakala pintu-pintu yang ditutup adalah pintu Tsulatsi, Al-Muzawwad, Al-Mufrad, Al-Rahmah, Al-Janaiz yang terletak di tembok sebelah selatan dan timur Al-Aqsa, kecuali Mufrad yang tidak memiliki bekas sebagai pintu masuk kerana telah dirosakkan oleh tentera Zionis.

Berikut adalah ringkasan sejarah 10 pintu masuk al-Aqsa.

1. Al-Asbath

Terletak di bahagian tembok utara masjid, ia adalah pintu utama jemaah solat sejak tentera Zionis menutup Al-Maghraibah di bahagian barat masjid, terutama bagi mereka yang datang dari luar kota Baitulmaqdis.

Pintu masuk Al-Asbath juga dikenali dengan nama pintu Siti Maryam kerana terletak berdekatan gereja Al-Qadisah Hana yang diyakini sebagai tempat kelahiran Maryam yang kini menjadi sekolah Shalahiyah.

Gerbangnya melengkung dengan ketinggian 4 meter yang dibaik pulih di zaman Al-Ayyubiah ketika pemerintahan Sultan Malik Isa Muadzham pada 610H, kemudian di masa Mamluk dan Utsmani pada 1817M. Ia menjadi satu-satunya pintu untuk kenderaan ambulan masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika berlaku kecemasan, kerana pintunya paling lebar.

Di pintu ini pernah berkali-kali berlaku peristiwa pertempuran dan serangan oleh pasukan keselamatan Zionis pada tahun 1990, 1996 dan 2000.

2. Pintu Al-Khuttah (al-Hittah)

Ia terletak di utara Masjid Al-Aqsa, di antara pintu Asbath dan pintu Faishal, dan merupakan pintu yang paling tua namun tidak diketahui secara tepat bila ia dibina. Ia diperbaharui pada zaman Ayyubi dan juga Utsmani.

Kini pintu ini hanya dibuka ketika solat Magrib, Isyak dan Subuh sahaja.

3. Pintu Raja Faisal (Al-Atam)

Pintu ini terletak di bahagian utara masjid dan diperbarui pada zaman Al-Ayyubi tahun 610H dan juga di zaman Raja Syarafuddin Isa.

Ia juga dikenal dengan nama pintu Syaraf Anbiya dan Raja Faisal kerana pernah dikunjungi oleh Faisal, Raja Iraq ketika berkunjung ke Al-Aqsa. Dewan Tertinggi Islam menyarankan agar diberi nama tersebut untuk mengenang jasa Faisal yang memberi bantuan untuk untuk memakmurkan masjid suci ini.

4. Pintu Al-Ghawanimah

Pintu ini terletak di sebelah barat dan ia hanyalah sebuah pintu keci. Ia juga dipanggil pintu Durj Ghawanimah dan Bani Ghanim, yang merupakan sebuah keluarga yang diyakini pernah datang ke sana bersama Shalahuddin Al-Ayyubi. Juga disebut pintu Al-Khalil Ibrahim sebagai penghormatan.

Ia dibina di zaman Umaiyah dan dikenal juga dengan nama pintu Al-Qalid bin Abdul Malik. Pintu ini dibaik pulih pada tahun 707H di zaman Sultan Mamluk Nashir Muhammad bin Qalawun.

5. Pintu An-Nazhir

Ia terletak di bahagian barat tembok Al-Aqsa dan sangat besar dan kukuh, dengan ruang masuk memanjang dengan ketinggian 4.5 meter. Ia dibaik pulih pada zaman Raja Al-Muadzam Isa tahun 600H/1203M.

Namanya dinisbatkan kepada Nazhir (wakaf) Dua Tempat Suci di Arab Saudi, dan terhadap dua tempat suci di Palestin iaitu Al-Aqsa dan Masjid Ibrahimi.

Sejak penjajahan rejim Zionis, ia menjadi salah satu daripada tiga pintu al-Aqsa yang tidak dibuka untuk jemaah solat Maghrib, Isyak dan Subuh.

6.  Pintu Al-Hadid

Pintu yang kukuh dengan jalan masuk sempit memanjang ini terletak di barat masjid, antara pintu Nadhir dan Qathanin. Ia juga digelar sebagai pintu Argon, berasal dari bahasa Turki yang bermaksud Besi (Al-Hadid) yang dinisbatkan kepada Emir Mamluki Argon Kamili yang membaik pulih pintu itu antara tahun 775–758H/1354–1357M.

7. Pintu Qathanin

Terletak di sebelah barat masjid, di antara pintu Al-Hadid dan Muthoharah. Ia dibaik pulih pada di zaman Mamluk dan menjadi pintu paling indah bagi masjid Al-Aqsa kerana dihias dengan muqarnas (corak hiasan unik) dari atas.

8. Pintu Muthaharah

Pintu ini terletak berdekatan pintu Qathanin, di antara ribath zamani di sebelah utara dan sekolah Utsmaniah di sebelah selatan. Kedua tempat ini dimakmurkan sampai sekarang oleh keluarga Baitlmaqdis dengan laluan masuk memanjang, dengan ketinggian 3.5m. Ia dibaik pulih di zaman Amir Mamluk Alauddin Bashiri tahun 666H/1266M.

ia juga dikenali sebagai pintu Mutawadhi kerana ada tempat wuduk di sana. Ini adalah satu-satunya pintu yang tidak menuju secara terus ke jalanraya dan lorong-lorong Kota Lama Baitulmaqdis, namun ada jalan khusus dari jalanraya dan lorong-lorong sejauh 50 meter ke dalam.

Ia dibina pada zaman Sultan Ayyuni Adil Abu Bakr Ayyub. Menurut riwayat, ia dibina oleh Raja Agung Isa Ayyubi dan dibaik pulih di kawasan pasar Aladuin Bashiri di zaman Mamluk dan diperbarui oleh Wakaf Islam pada tahun 1980-an. Pintu ini merupakan laluan khusus untuk kaum lelaki.

9. Pintu Silsilah

Ia terletak di bahagian selatan tembok masjid Al-Aqsa dan dibina di zaman Ayyubi. Ia dibina semula pada tahun 600H/1200M.

Ini adalah salah satu daripada tiga pintu masjid yang dibuka bagi hanya untuk solat Maghrib, Isyak dan Subuh, sejak rejim Zionis menjajahnya pada tahun 1967.

Ia juga dikhususkan untuk pendatang Yahudi keluar setelah menceroboh masuk tapak suci itu.

10. Pintu Al-Magharibah

Ini adalah pintu yang paling penting dan tua di masjid Al-Aqsa, terletak di tembok sebelah barat dekat tembok Al-Barraq dengan jalan masuk melengkung. Ia juga dikenali sebagai pintu Al-Barraq dan diyakini di sana Nabi Muhammad SAW masuk masjid Al-Aqsa ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Sejarawan yakin bahawa Umar bin Khattab masuk melalui pintu ini ketika membebaskan masjid al-Aqsa.

Ia dibina semula pada zaman Sultan Mamluk Nashir Muhammad bin Qalawan pada tahun 713H/1313M.

Ia dinamakan demikian kerana terletak berdekatan dengan perkampungan para mujahidin dari Moroko (Magharibah) yang datang bersama Salahuddin Al-Ayyubi.

Ini adalah satu-satunya pintu yang kuncinya dirampas oleh rejim Zionis sejak dijajah pada tahun 1967. Ia adalah pintu khusus untuk orang bukan Islam, dan digunakan sebagai laluan pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci itu.

Manakala pintu-pintu yang ditutup adalah.

11. Pintu al-Janaiz

Pintu Al-Janaiz terletak di sebelah timur Masjid Al-Aqsa. Tembok masjid sebelah timur juga merupakan tembok kota Baitulmaqdis. Di tembok ini hanya ada dua pintu, iaitu Pintu Al-Janaiz dan Pintu Ar-Rahmah. Pintu Al-Janaiz khusus digunakan untuk membawa janazah dari masjid ke perkuburan Rahmah, di sebelah masjid. Ia ditutup pada masa Sultan Salahuddin untuk menjaga masjid dan kota Baitulmaqdis dari berbagai serangan.

12. Pintu ar-Rahmah (at-Taubah)

Pintu Ar-Rahmah merupakan pintu kedua di sebelah timur Masjid Al-Aqsa. Ia terdiri dari dua pintu masuk, yang dinamakan dengan Ar-Rahmah dan at-Taubah. Pintu Ar-Rahmah berada di sebelah selatan dan pintu At-Taubah berada di utara Masjid Al-Aqsa. Suatu ketika dahulu pintu ini terbuka hingga tibanya perang salib. Tentara salib menjadikan pintu ini sebagai pintu masuk untuk menyerang Masjid Al-Aqsa dan Kota Baitulmaqdis. Kemudian pintu ini ditutup pada masa Sultan Salahuddin untuk menjaga masjid dan Baitulmaqdis dari berbagai serangan.

Orang-orang Yahudi dan Kristian menyebut pintu ini dengan sebutan pintu Az-Zahabi (emas) dan meyakini bahawa Isa bin Maryam akan datang melalui pintu ini pada akhir zaman.

13. Pintu ats-Tsulasi

Pintu Ats-Tsulasi terletak di selatan masjid dan menjadi pintu masuk ke musolla Marwani. Ia ditutup atas perintah Sultan Salahuddin untuk menjaga masjid dan Baitulmaqdis dari serangan.

14. Pintu al-Muzdawij

Ia terletak selatan masjid. Pintu ini dinamakan sedemikian kerana ia mempunyai dua pagar. Ia dibina sebagai pintu masuk Amir dan Sultan untuk mendirikan solat di Masjid Qibli sebagai imam. Kerana pintu ini berhimpitan langsung dengan istana Bani Umayyah yang berada di selatan masjid, ia ditutup atas perintah Salahuddin untuk menjaga masjid dan Baitulmaqdis dari serangan. Ini adalah kerana pagar Masjid Al-Aqsa di sebelah selatan juga menjadi pagar Kota Baitulmaqdis.

15. Pintu al-Munfarid

Tidak banyak bahan sejarah yang menjelaskan tentang Pintu Al-Munfarid kerana keadaannya yang telah tertutup ketika masa Sultan Salahuddin mengalahkan tentera Salib dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.

 

Apabila Masjid al-Aqsa bebas merdeka nanti InshaAllah, anda ingin memasukinya dari pintu mana?

Sila baca Kenali Dan Cintai Masjid Al-Aqsa untuk maklumat lebih mendalam tentang Masjid suci ini.

SHARE