1.86 juta penduduk Gaza akan dipindahkan dalam tempoh 7 tahun – Ben Gvir

Menteri Keselamatan , Ben-Gvir, membentangkan rancangan untuk memindahkan 1.86 juta rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza dalam tempoh tujuh tahun. Beliau menyifatkan naqbah ini “penghijrahan secara sukarela”..

Ben-Gvir membentangkan rancangan itu, yang dinamakan “Disengagement 710”, dalam satu sidang media pada Khamis lalu sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya.

Dalam pembentangannya, Ben-Gvir mendakwa terdapat negara yang “bersedia menerima” rakyat Palestin dan bahawa “sejumlah besar mahu berpindah”.

Rancangan tersebut menyasarkan pemindahan 250,000 rakyat Palestin pada tahun pertama, 1.11 juta dalam tempoh tiga tahun dan kira-kira 1.86 juta dalam tempoh tujuh tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts