Hari Jumaat, 18 Oktober 2024, selepas Maghrib (waktu Malaysia), HAMAS melalui Khalil Hayya dengan bangganya mengumumkan kesyahidan Ketua Biro Politik iaitu panglima yang berani iaitu Yahya Sinwar.
“Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas yang terakhir,” katanya. Kematiannya telah berlaku tetapi perjuangan pembebasan akan terus bersambung.
Kerajaan pengganas Israel/US telah mengumumkan terlebih dahulu pada hari Khamis akan “kejayaan” mereka membunuh Sinwar. Namun ketika itu, pihak HAMAS masih belum mengesahkan/menafikan akan kesyahidan Sinwar.
Pengganas Israel turut menerbitkan rakaman melalui dron untuk menunjukkan kematian Sinwar tetapi mereka melakukan kesilapan kerana video itu menunjukkan Sinwar berjuang barisan hadapan. Malah, beliau berjuang hingga saat akhir. Tidak seperti Netanyahu yang berperang daripada pejabat.
Kesyahidan Sinwar juga membuktikan kelemahan perisikan untuk mencari beliau kerana ketika itu Sinwar bersama anggotanya sedang merancang menyerang pangkalan IOF. Tentera rejim yang bertempur dengan Sinwar juga tidak mengetahui bahawa itu adalah Yahya Sinwar yang digeruni.
Naratif rejim menyatakan Sinwar berada bersama tawanan, berlindung sebalik orang awam dan bersembunyi dibalik terowong adalah PALSU. Ini menunjukkan Israel menipu melalui media mereka.
Selepas kematian Sinwar, pihak rejim menyatakan HAMAS akan kehilangan kepimpinan dan tewas. Ini adalah kenyataan silap kerana sejak syahidnya syeikh Ahmad Yassin, HAMAS tetap relevan dan tidak mati.
Pada 18.10.2024 Komander Batalion Kenderaan Berperisai 401 dari Divisyen Kenderaan Berperisai 162, Kolonel Ahsan Daqeh, seorang Arab Druze Israel MATI dibunuh pejuang Palestin di Jabalia. Ini membuktikan HAMAS masih kekal bersemangat berjuang.