Kisah Dari Gaza – Siri 2 : Yahudi Mengurung Gaza Dari Dunia Luar

Kelaparan, kemiskinan dan pengangguran sudah tentu membawa kepada ketakutan. Tetapi Sheikh Jamaal berkata, “Kami rakyat Palestin khususnya di Jalur Gaza tetap berkomitmen untuk memperjuangkan kemuliaan dan martabat kami yang dipijak-pijak oleh bangsa Yahudi.

Sudah puluhan tahun bahkan masih berlangsung hingga saat ini, perjuangan yang kami lakukan semata untuk mengambil kembali hak-hak kami yang telah dirampas oleh kaum Yahudi dan kami tidak tidak akan rela hak kami dirampas, kemuliaan dan martabat kami dipijak-pijak oleh kaum Yahudi biar berlumpuran darah bahkan nyawapun kami pertaruhkan untuk mencapai kemenangan yang hakiki dan menjadikan Palestin sebagai negara yang bermartabat dan menjunjung tinggi erti sebuah perdamaian.”

Gambar Hiasan - Kanak-kanak beratur untuk mendapatkan bekalan air di kem pelarian Khan Younis, Gaza
Gambar Hiasan – Kanak-kanak beratur untuk mendapatkan bekalan air di kem pelarian Khan Younis, Gaza

“Apa yang anda dan keluarga anda lakukan selama perang berlangsung?” saya tanya dengan penuh minat. Bukan jawaban yang beliau berikan, malah sebaliknya saya yang mendapat pertanyaan, “Ya Abdallah! Jika anda diposisi saya apa yang akan anda lakukan? Larikan diri atau pertahankan diri?” Jawaban saya cukup singkat, “pertahankan diri, memantau situasi dan jika ada peluang untuk membalas serangan, serang mereka.” Mendengar jawaban saya, dengan penuh bersemangat beliau menggerakkan tangannya seraya berkata, “aiwa… miah fill miah shaheh ya Abdallah?” Ya, 100% benar, tapi apakah kamu berani menyerang mereka sendirian? Tentu tidak ya syeikh!

Setelah ada perdebatan singkat, beliau berkata, “baiklah, biar saya jawab dengan jelas pertanyaan anda tadi.” Bagi beliau, ada titik perbezaan di antara Jalur Gaza dengan negara-negara lain yang dilanda perang sepert Iraq dan Afghanistan. Kenapa? Walaupun negara mereka dilanda peperangan, rakyatnya masih boleh berusaha untuk bertani, berniaga, malahan berhubung dengan negara-negara lain. Tetapi di Jalur Gaza penduduknya tidak boleh bertani kerana sebahagian besar daripada tanah mereka telah diduduki oleh tentera Yahudi – suatu yang mustahil bagi mereka untuk pergi ke kebun-kebun. Tidak kurang juga dari rakyat Jalur Gaza yang terbunuh ditembak tentera Yahudi ketika mengusahakan kebun mereka yang berdekatan dengan sempadan seperti di Bayt Hanoun, Zaitoun, El-Buraij dan Jabaliyah.

Gambar Hiasan - Rak simpanan ubat di Hospital Shifa, Gaza City, kosong kerana bekalan ubat dan peralatan kesihatan dilarang masuk
Gambar Hiasan – Rak simpanan ubat di Hospital Shifa, Gaza City, kosong kerana bekalan ubat dan peralatan kesihatan dilarang masuk

Bagaimana pula dengan perniagaan? “Kalau di negara-negara lain mereka masih dapat berdagang kerana semua keperluan mereka boleh dibawa masuk. Kalau kami di sini, di sebelah utara bersempadan dengan Yahudi dan di sebelah selatan bersempadan dengan Mesir, sempadan lainnya adalah laut. Mesir boleh dikatakan tidak mudah dengan begitu sahaja membuka pintu masuk untuk bantuan dari luar kerana antara pemerintahan Mesir dan pemerintahan Yahudi ada perjanjian dan kesepakatan tersendiri,” Sheikh Jamaal memberi penjelasan.

Ya! Seluruh dunia tahu. Suka atau tidak, sebahagian besar keperluan penduduk Jalur Gaza seperti makanan, minuman, pakaian dan bahkan juga kenderaan yang dijual di sini dibawa masuk melalui terowong bawah tanah.

Sangat sukar untuk Jalur Gaza menjalin hubungan bilateral dengan negara kerana sebahagian negara Arab kurang berpengaruh bahkan tidak peduli kepada masalah Palestin. Malahan bagi sebahagian negara-negara Arab ini, urusan Palestina adalah suatu hal yang lumrah. Kenapa? Ada dua negara berkenaan yang bersempadan dengan Palestin tetapi oleh kerana mereka mempunyai ada kesepakatan dan perjanjian tersendiri, mereka memandang urusan Palestin adalah suatu hal yang lumrah. “Kami tidak boleh mempunyai sebarang hubungan bilateral kerana negara kami disekat oleh Yahudi. Tetapi kami tidak sedikitpun pesimis dengan keadaan ini kerana kami yakin akan sampai ketikanya nanti keadilan dan kemenangan akan berpihak pada kami, kami yakin itu,” kata Sheikh Jamaal.

Sheikh Jamaal (kanan) menceritakan pengalaman rakyat Gaza hidup dalam sekatan
Sheikh Jamaal (kanan) menceritakan pengalaman rakyat Gaza hidup dalam sekatan

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts