Kisah Dari Gaza – Siri 4 : Burung Pembawa Berita Dan Anjing Pengesan Menjadi Bisu

Berkaitan dengan keajaiban yang dianugerahkan oleh Allah, lain kisahnya dengan Syeikh Fatih Ulwan – seorang guru mengaji dan penghafal Al-Qur’an yang bermukim di kota Jabaliya di utara Jalur Gaza.

Beliau mengisahkan bahawa banyak sekali munculnya keajaiban-keajaiban Allah ketika mereka diserang atau saling menyerang sekitar tahun 1992 sehingga tahun 1993, mahupun pada tahun 2009 sampai awal tahun 2010.

Gambar hiasan - anjing pengesan tentera Yahudi yang dilatih memburu pergerakan rakyat Palestin
Gambar hiasan – anjing pengesan tentera Yahudi yang dilatih memburu pergerakan rakyat Palestin

Suatu malam ketika tentera Yahudi menceroboh masuk ke kota Jabaliya dengan tujuan meledakkan sebuah rumah yang dicurigai oleh mereka sebagai rumah para pejuang, mereka menghantar masuk anjing pengesan terlebih dahulu. Anjing seperti itu biasanya akan memeriksa dengan cekap samada sesuah tempat mempunyai penghuni atau tidak.

Beberapa minit kemudian anjing itu keluar tanpa menyalak mahupun mengeluarkan suara.

Menurut Syeikh Fatih, sebenarnya memang ada penghuni dan mereka sudah mengetahui bahawa di luar rumah itu ada tentera Yahudi yang sudah benar-benar bersiap untuk menembak dan membunuh mereka.

Subhanallah ternyata anjing tersebut tidak melihat siapapun di dalam rumah. “Jelas sekali Allah telah menundukkan dan menjinakkan anjing tersebut,“ kata Syeikh Fatih.

Setelah anjing pulang kepada mereka, tentera Yahudi terus cuba untuk masuk ke dalam rumah tersebut yang ternyata sekali para penghuninya sudah bersiap untuk menembak. Tembakan berlaku, akhirnya 10 orang askar Yahudi mati terbunuh.

Syeikh Fatih juga menceritakan tentang satu lagi kisah anjing pengesan yang tidak boleh berbuat apa-apa. Kisah ini terjadi pada sekitar tahun 1993 ketika tentera Yahudi benar-benar menduduki Jalur Gaza.

Gambar Hiasan - ratusan burung terbang di langit Jabaliya membawa isyarat serangan tentera Yahudi
Gambar Hiasan – ratusan burung terbang di langit Jabaliya membawa isyarat serangan tentera Yahudi

Suatu malam ada seorang pemuda yang hendak memasuki markas tentera Yahudi yang terletak di antara Gaza City dan Rafah. Pemuda tersebut berniat sendirian untuk menghadapi puluhan bahkan ratusan tentera Yahudi, bergerak mencuri masuk ke markas sekitar jam 2 pagi.

Markas tersebut dikelilingi dan dijaga oleh anjing pengesan yang bersedia menggigit bahkan siap merobek sesiapa sahaja yang masuk ke markas tersebut pada waktu malam. Jelas sekali puluhan anjing-anjing terlatih ini sudah melihat pemuda tersebut, tetapi mereka hanya melihat dan terus duduk dan menundukan kepala, tidak menyalak. Setelah masuk ke dalam markas, pemuda tersebut menelefon ibunya dan memberitahu perkara yang dia lalui ketika cuba masuk ke situ. Ibunya menjawab, “Allah bersama kamu wahai anakku, jangan lupa solat malam!” Pemuda tersebut terus meluangkan waktu untuk solat malam sambil menunggu waktu yang telah dia tentukan untuk menyerang tentera Yahudi yang sedang tidur nyenyak. Waktu untuk menyerang pun tiba dan puluhan askar Yahudi terbunuh, pemuda tersebut pun juga akhirnya mati syahid.

Kisah yang ketiga dari Syeikh Fatih mengenai burung pembawa berita ketika tentera Yahudi merancang serangan untuk membunuh rakyat di kota Jabaliyah di waktu siang. Ketika bala tentera Yahudi bergerak menuju ke Jabaliyah tiba-tiba ratusan burung berterbangan di atas langit kota tersebut. Rakyat Jabaliyah sendiri menjadi kebingungan kerana inilah buat pertama kali mereka melihat ratusan burung yang berterbangan. Seorang tua dari kalangan mereka mengatakan bahawa ini adalah isyarat dan bantuan Allah menandakan tentera Yahudi akan menyerang mereka.

Abdillah Onim (kanan) bersama Sheikh Fatih, mudir Madrasah Tsanawiyah Jabaliyah, dan sebahagian daripada anak-anaknya
Abdillah Onim (kanan) bersama Sheikh Fatih, mudir Madrasah Tsanawiyah Jabaliyah, dan sebahagian daripada anak-anaknya

Rakyat Jabaliyah terus bergegas dan bersiap-siap untuk berhadapan dengan tentera Yahudi. Sebelum tentera Yahudi memasuki kota Jabaliyah, para pejuang sudah bersiap siaga di perbatasan dan pertempuran berlaku. Subhanallah jika tidak ada isyarat dari burung pasti tentera Yahudi membunuh rakyat Jabaliyah habis-habisan, Allahu Akbar.

Demikianlah secebis potret kehidupan rakyat Jalur Gaza, semoga ada hikmah yang boleh dipetik bagi siapa yang membacanya. Salam persaudaraan dari kami relawan Indonesia yang masih berada di Jalur Gaza Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan. Wassalam.

—————-

Tulisan Abdillah Onim, Ketua MERC Indonesia di Jalur Gaza yang sedang membangunkan Rumah Sakit Indonesia di Beit Lahiya, Jabaliyah. Beliau kini sudah berumahtangga dengan seorang Hafizah anak jati Gaza dan mereka telah dikurniakan Allah seorang puteri. Semoga Allah memberkati keluarga Abdillah Onim dan membalas semua keihklasan mereka dengan Syurga yang mulia.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts