RAMALLAH, 12 Mac 2018 — Sekurang-kurangnya 17 orang cedera, termasuk lapan yang ditembak dengan peluru hidup, dalam satu pertempuran dengan tentera Zionis di laluan masuk utara kota al-Bireh tengahari tadi.

Semua lapan orang mangsa tembakan dikejarkan ke Pusat Rawatan Palestin di Ramallah, di mana salah mangsa berada dalam keadaan parah ditembak di bahagian kepala.

Pertempuran tercetus apabila para pelajar Universiti Birzeit berarak membantah penangkapan presiden perwakilan pelajar, Oman al-Kiswani, pada hari Rabu lalu.

Mereka diserang dengan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata, serta dipukul dengan baton terutamanya di bahagian kepala. Ketika kejadian, tentera Zionis cuba menculik seorang mangsa yang cedera namun berjaya dihalang oleh petugas paramedik.

Pihak tentera turut menyerang petugas ambulan dan menghalang mereka membantu mangsa-mangsa. Seorang paramedik turut cedera.

(IMEMC, PIC, WAFA)

SHARE