GAZA, 4 okt 2017 — Data sehingga akhir September 2017 dari Jabatan Statistik Awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza menunjukkan bahawa seramai 152 bayi lahir setiap hari, iaitu lebih 4,700 bayi dalam temppoh sebulan atau seramai lima bayi dalam tempoh satu jam.

Jabatan tersebut turut menyebut bahawa bilangan penduduk Gaza kini mencecah 2,056,132 orang, di mana 82% daripada mereka berusia di bawah 40 tahun. 51% penduduk Gaza adalah lelaki.

Penduduk yang berumur dari 55 hingga 60 tahun adalah seramai 45,000 orang dan mereka yang menjangkau umur lebih dari 60 tahun hanya seramai 102 orang.

(Shehab)

SHARE