Bongkah batu Tembok al-Buraq jatuh

BAITULMAQDIS, 23 Julai 2018 — Sebongkah batu besar jatuh dari Tembok al-Buraq di Masjid al-Aqsa semalam, dipercayai akibat kerja-kerja penggalian dan pembinaan terowong bawah tanah yang berterusan oleh pihak Yahudi.

Kejadian berlaku berdekatan kawasan Muzium Islam, bersebelahan Pintu al-Magharebah dan Tembok Ratapan. Rejim Zionis giat melakukan penggalian demi penggalian di kawasan muzium tersebut.

Pihak Jabatan Wakaf percaya kejadian tersebut bukanlah suatu kebetulan, tetapi ianya dirancang untuk menguji kekuatan tembok al-Aqsa serta kesan fizikal pada tembok tersebut.

Susulan kejadian, pihak berkuasa Zionis menutup kawasan dan enggan memberi sebarang maklumat berkenaan sebab-sebab batu tersebut jatuh.

Sejak beberapa tahun lalu, rejim penjajah Zionis enggan membenarkan Unit Kejuruteraan Jaban Wakaf dan pekerja UNESCO memeriksa kerosakan akibat penggalian yang dijalankan di situ.

(PIC, IMEMC, MEMO, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts