Menteri Zionis: Tidak akan ada negara Palestin di Tebing Barat

AL-QUDS, 10 Okt 2017 — Menteri Pertanian Zionis Ori Ariel mendedahkan rancangan untuk meningkatkan bilangan pendatang Yahudi di Tebing Barat kepada satu juta orang, dan menegaskan bahawa negara Palestin tidak akan wujud di wilayah tersebut.

Beliau berucap sempena memperingati 40 tahun pembinaan penempatan haram Karni Shamron di atas tanah penduduk Palestin di Qalqilya. “Kita telah menjadikan setengah juta Yahudi di Judea dan Samaria [Tebing Barat] dan kita akan menjadi satu juta,” kata beliau. “Hanya ada satu negara di antara sungai dan laut iaitu negara Israel. Sayangnya beberapa kawasan seperti al-Quds, Sinai, Judea dan Samaria [Tebing Barat], Bukit Golan dan Gaza berada di luar genggaman kita.”

Beliau juga menggesa penganut Yahudi supaya menguasai Masjid al-Aqsa serta kota suci al-Quds.

Sementara itu Menteri Pertahanan Zionis Eli Ben Dahan mendedahkan bahawa kementeriannya akan menjalankan kerja perluasan lebuhraya menuju ke Karni Shamrom, sebagai permulaan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah kota mega. “Kita akan memberitahu kepada dunia, bahawa kita telah kembali ke negara kita dan tidak akan meninggalkannya kerana ini adalah tanah Israel,” kata beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts