Sheikh Sabri: Al-Quds sama penting seperti Mekah dan Madinah

AL-QUDS, 26 Apr 2017 (QudsNet) — Pemimpin Suruhanjaya Tinggi Islam, Sheikh Ekrema Sabri, menegaskan bahawa al-Quds mempunyai kedudukan yang sama pentingnya bagi umat Islam sepertimana Mekah dan Madinah.

Beliau mendesak supaya kota Islam itu dipertahan daripada serangan Yahudisasi rejim Zionis. “Semua tapak-tapak Islam di kota al-Quds terdedah kepada kempen Yahudisasi yang semakin rancak. Kempen ini menyerang identiti Islam kota suci,” kata beliau.

Beliau turut mengulangi amaran tentang rancangan Zionis untuk merampas tapak Masjid al-Aqsa.

Tegas mantan Mufti Besar Palestin itu, “Semua orang Islam di seluruh dunia bertanggungjawab menyelamatkan kota suci dan mempertahankan Masjid al-Aqsa, tempat Rasulullah SAW memimpin para nabi dalam solat malam.”

Al-Quds dan Masjid al-Aqsa harus menjadi jantung kepada perjuangan Palestin. Ia adalah kewajipan setiap orang Islam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts