Tentera Zionis masih bekalkan senjata kepada Myanmar

AL-QUDS, 6 Sep 2017 — Kementerian Perang Zionis enggan menghentikan jualan senjata kepada rejim Myanmar walaupun tenteranya telah melakukan beberapa serangan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk minoriti Rohingya.

Seorang pemimpin kanan tentera Myanmar telah mengunjungi pegawai-pegawai tentara Zionis pada bulan September 2015 dan membeli peralatan tentera, ketika negaranya telah dikenakan embargo oleh Amerika dan Eropah. Pembelian senjata itu berterusan sehingga kini.

Tentera Myanmar melancar serangan ke atas masyarakat Rohingya sejak 25 Ogos lalu, di mana seramai 2,000 hingga 3,000 orang telah dibunuh dalam tempoh hanya tiga hari.

Isnin lalu, UNHCR mengumumkan lebih 87,000 orang Rohingya terpaksa lari meninggalkan Arakan menuju ke Bangladesh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts