Tentera Zionis serang kem al-Qassam di timur Gaza

GAZA, 9 Okt 2017 — Tentera Zionis menyerang lokasi Briged al-Qassam di timur kem pelarian Maghazi di tengah kota Gaza malam tadi.

Kenderaan-kenderaan artileri tentera Zionis, termasuk kereta kebal Merkava, berkerah ke kawasan pagar sempadan berdekatan pos tentera Abu Shafiyah dan melepaskan tiga tembakan meriam berturut-turut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Zionis menarik semula kenyataan mereka bahawa sebutir roket telah ditembak dari Gaza dan jatuh di Ashkol.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts