1 terbunuh, 11 cedera diserang tentera Zionis di Tubas

TUBAS, 24 Okt 2018 — Seorang pemuda terbunuh dan 11 yang lain tercedera apabila tentera Zionis menyerang penduduk Palestin yang mengadakan perhimpunan aman di bandar Tammoun, selatan Tubas di utara Tebing Barat.

Mohamed Besharot, 21, disahkan meninggal dunia selepas tembakan peluru hidup menembusi bahagian dadanya. Beliau adalah pelajar bidang Pengurusan Kesihatan dan Hospital di Universiti Terbuka al-Quds, di kampus Nablus.

Tiga pemuda cedera ditembak dengan peluru hidup dan tiga lagi terkena tembakan peluru getah. Sementara lima yang lain cedera sesak nafas diserang dengan bom gas pemedih mata.

Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup secara rambang.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts