1 Terkorban, 3 Tercedera Dalam Serangan Udara di Selatan Gaza

qararaGAZA, 30 Jun 2014 — Seorang penduduk terkorban manakala tiga yang lain tercedera dalam serangan udara terbaharu tentera Zionis ke atas kawasan al-Qarara di selatan Gaza lewat petang semalam, Ahad.

Terdahulu, pejuang Palestin di Gaza telah melancarkan beberapa serangan roket ke wilayah selatan negara haram Zionis itu. Dua daripadanya jatuh di kawasan tentera Zionis.

Sehari sebelumnya, empat serangan roket dilancarkan ke kawasan Sderot di selatan wilayah Palestin yang terjajah itu, menyebabkan kebakaran besar ke atas sebuah kilang. Serangan roket itu dikatakan sebagai membalas serangan maut ke atas dua rakyat Palestin di kem pelarian Ash Shati pada hari Jumaat lalu.

Tentera udara Zionis menyerang wilayah Gaza hampir setiap hari. Mereka juga menimbulkan suasana tegang di Tebing Barat, di mana lapan penduduk Palestin telah terkorban, 130 tercedera dan 560 lagi ditangkap sejak insiden kehilangan tiga orang peneroka Yahudi tiga minggu lalu.

——–

Sumber : Maan

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts