1 terkorban, 58 tercedera di sempadan Gaza

GAZA, 11 Dis 2015 (Maan) — Tentera Zionis menembak mati seorang penduduk Gaza dan mencederakan 58 yang lain dalam pertempuran di kem pelarian al-Bureij dan kawasan lintasan Nahal Oz hari ini.

Sami Shawqi Madhi, 41 tahun, ditembak di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam pertempuran di timur kem pelarian al-Buriej di tengah Gaza. Beliau merupakan seorang pemimpin parti Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP).

Pertempuran juga dilaporkan berlaku di Khan Younis di selatan Gaza, dan kawasan lintasan Erez di utara.

Sejumlah 58 dilaporkan tercedera dan 38 lagi dirawat akibat sesak nafas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts