10 ahli keluarga Tamimi ditangkap

BEIT LAHM, 26 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis sepanjang malam tadi menangkap sekurang-kurangnya 19 orang penduduk Palestin, termasuk remaja Muhammad Fadel al-Tamimi, 15, yang ditembak di bahagian mukanya di perkampungan Nabi Saleh pada bulan Disember lalu.

Seramai 10 orang ahli keluarga Tamimi ditangkap dari perkampungan Deir Nitham dan Nabi Saleh.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Muhammad Fadel dan abangnya Tamim Fadel al-Tamimi, 17, ditahan bersama Suhaib Samih al-Tamimi, 14, Ahmad Sami al-Tamimi, 19, Muayyad Hamzeh al-Tamimi, 17, Muhammad Mujahed al-Tamimi, 15, Amjad Abd al-Hafith al-Tamimi, 28, Omar Saleh Tamimi, 29, Islam Saleh al-Tamimi, 21, dan Wiam Iyad al-Tamimi, 17.

Muhammad Fadel dibebaskan beberapa jam kemudian. Beliau ditembak dari jarak dekat di bahagian kepala, sehingga satu-per-tiga daripada tempurung kepalanya pecah. Beberapa minit kemudian, sepupunya Ahed Tamimi, 17, dirakam menendang dan menampar tentera Zionis yang berada di perkarangan rumahnya.

Sementara itu dua orang penduduk Palestin ditahan di kota Ramallah, lima yang lain di Nablus dan dua lagi dari al-Khalil.

(Maan, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts