10 cedera dalam pertempuran di al-Khalil

AL-KHALIL, 15 Ogos 2018 — Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palesin cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis di kota al-Khalil petang tadi.

Pertempuran tercetus di kawasan Bab al-Zawiya di kota al-Khalil di mana 10 pemuda cedera sesak nafas dan dirawat di tempat kejadian. Dua daripada mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital al-Khalil untuk rawatan lanjut, di mana salah seorang daripadannya terkena tembakan kelonsong gas pemedih mata di bahagian mukanya.

Tentera Zionis mendakwa dua orang anggotanya turut tercedera dibaling dengan batu.

Pertempuran tercetus apabila gerombolan besar tentera Zionis menyerbu kota al-Khalil dan mengganggu penduduk Palestin yang membeli-belah untuk menyambut Aidiladha.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts