10 diculik dalam serbuan tentera Zionis di Tebing Barat

RAMALLAH, 21 Nov 2018 — Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin diculik dan beberapa yang lain cedera dalam serbuan tentera Zionis di beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Ahli Parlimen Palestin, Ahmad Atoun, turut diculik dari rumahnya di kota al-Biereh, Ramallah. Beliau yang berasal dari perkampungan Sur Baher di selatan Baitulmaqdis Timur telah dibuang daerah ke al-Biereh.

Ahmad Atoun

Di selatan Beit Lahm, serbuan tentera Zionis menyasarkan kumpulan pemuda Palestin di kem pelarian al-Am’ari dan bandar Beit Fajjar.

Mereka turut memasuki kota Nablus dan merampas sebuah kenderaan milik bekas tahanan, Fadi Asida, sehingga mencetus pertempuran.

Tentera Zionis memecah masuk dan menyelongkar rumah-rumah, serta merapas wang tunai dari rumah wanita Haniya Naser. Sementara sejumlah 5,200 Shekel turut dirampas dari rumah Bilal Eshtiyeh, seorang pensyarah universiti.

Terdahulu, tentera Zionis menyerbu bandar Deir al-Ghasoun di utara Tulkarem dan menggeledah lebih 50 buah rumah bagi memburu Ashraf Na’luwa yang menjadi suspek pembunuh dua pendatang Yahudi di zon industri Barakah pada 7 Oktober lalu.

Sementara itu, pasukan tentera merosakkan laluan-laluan di Qalqiliya, menyebabkan tercetusnya pertempuran dengan penduduk. Sebilangan pemuda cedera ditembak dengan peluru getah.

Pada masa yang sama, mereka menutup laluan masuk sebelah barat ke bandar Kafr al-Dick di barat wilayah Salfit, atas alasan keselamatan.

(PIC, IMEC, Maan, PNN, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts