10 Keluarga Di Nablus Diperintah Tinggalkan Rumah

NABLUS, 3 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis mengeluarkan perintah kepada 10 keluarga Palestin supaya keluar meninggalkan rumah mereka di perkampungan Jaloud di daerah Nablus di utara Tebing Barat, dengan perancangan untuk merobohkan rumah mereka.

Keluarga terbabit menerima arahan yang menyatakan bahawa mereka harus meninggalkan rumah dalam tempoh 15 hari supaya boleh dirobohkan, atas alasan rumah-rumah mereka terletak berdekatan dengan penempatan haram Yahudi.

Kawasan tersebut diduduki oleh masyarakat Palestin sejak tahun 1970-an, sementara penempatan haram Yahudi adalah merupakan pembinaan baharu. Lebih 80 orang tinggal di dalam 10 buah rumah terbabit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts