10 penduduk Palestin diculik dalam serbuan tentera Zionis

JENIN, 5 Sep 2018 — Sekurang-kurangnya 10 orang penduduk Palestin diculik dalam operasi serbuan oleh tentera Zionis di beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Segerombolan tentera Zionis menyerbu perkampungan Burqin di barat Jenin, dan menculik Mustafa Eid dan Abed Diab setelah memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga mereka.

Satu lagi serbuan berlaku di perkampungan Kafr Ra’i di Jenin, di mana puluhan anggota tentera Zionis memecah masuk rumah bekas tahanan Belal Diab dan menginterogasi ahli-ahli keluarganya selama beberapa jam.

Sementara di Tulkarem, beberapa buah rumah penduduk Palestin dipecah masuk di bandar Anabta di mana tiga penduduk, Tayseer Ammar, Ammar Ammar dan Saed Shar’ab, diculik.

Pertempuran di perkampungan Kafr Qaddum di timur Qalqilya menyaksikan tentera Zionis menyerang penduduk dengan bom gas pemedih mata serta tembakan peluru hidup.

Kenyataan tentera Zionis menyebut mereka telah merampas senjata dalam kempen serbuan di al-Khalil dan Tulkarem.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts