10 penduduk Palestin diculik di Tebing Barat

NABLUS, 29 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis mengaku bertanggunjawab menculik 10 penduduk Palestin dalam operasi di beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Di barat Nablus, bekas tahanan Umair Salam diculik selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumah keluarganya di kejiranan Rafidia. Pertempuran tercetus berdekatan Sekolah Kamal Junbalat, apabila tentera Zionis menceroboh masuk Rafidia dan mengekang pergerakan penduduk.

Operasi tentera di Ramalah menyasarkan kumpulan pemuda Palestin di bandar Kafr Malik dan al-Mazra’a al-Gharbiya.

Mereka turut menggeledah rumah-rumah penduduk di wilayah al-Khalil dan Qalqilya, di mana bekas tahanan Issa Amer diculik dari rumahnya di Qalqilya.

Di Nablus, pertempuran tercetus di bandar Sebastia selepas tentera membawa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak arkeologi sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts