10 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 25 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak, dari Tebing Barat malam tadi.

Mereka menculik lima kanak-kanak dari wilayah Beit Lahm di selatan Tebing Barat. Mangsa-mangsa adalah Amer Khaled Taqatqa, 13, Mahmoud Ibrahim Taqatqa, 14, Hisham Maher Marshoud Taqatqa, 13, Muhammad Yahya Thawabta, 16, dan Ayham Ghassan Thawabta, 17.

Di Baitulmaqdis, tentera Zionis menyerbu kejiranan Silwan dan menculik Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Ghaith. Beliau ditangkap buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan.

Sementara di utara Tebing Barat, dua penduduk iaitu Ibrahim Mansour dan Daoud Mansour diculik dari Qalqilya. Manakala seorang lagi, Muhammad Salman Nassar, diculik dari Jenin.

Di wilayah al-Khalil, seorang penduduk yang berasal dari Ramallah diculik selepas disekat di sebuah sekatan tentera di Jalan Shuhada.

(IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts