10 penduduk Tebing Barat dan al-Quds ditangkap, 25 kenderaan dirampas

NABLUS, 20 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik 10 orang penduduk Palestin dan merampas 25 buah kenderaan di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Di samping menculik siswa Obadah Duwaikat dari Nablus, tentera juga menangkap pemuda Diya Qasido setelah memecah masuk rumah beliau secara ganas di kem pelarian Nur Shams di wilayah Tulkarem.

Tentera turut menyerbu kota Qalqiliya dan bandar Azzun untuk menangkap siswa Saji Abu Adaba dan menyerang beberapa penduduk lain.

Dalam kejadian di Ramallah, tentera memecah masuk dan menggeledah rumah syahid Anas Hammad di bandar Silwad dan kemudian merampas wang sejumlah 450 shekel serta 50 dinar Jordan. Mereka turut merampas sebuah bas sekolah yang digunakan oleh bapa almarhum Anas. 11 buah kenderaan persendirian lain dirampas dari Silwad.

Di al-Quds, tentera Zionis merampas 13 buah kereta dari bandar Abu Dis tanpa memberi alasan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts