10 penduduk Tebing Barat diculik

RAMALLAH, 27 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin dari Tebing Barat malam tadi.

Sepanjang malam, pasukan tentera Zionis meronda di bandar Azzoun di timur Qalqilya, menyerang pemuda-pemuda Palestin dengan tembakan peluru hidup sehingga seorang daripada mereka cedera di bahagian kaki. Lima pemuda diculik, iaitu Musaeb Maazuz Dalal, 29, Muhammad Balal Freij, 27, Yazan Abed al-Rahman Daoud, 22, Zaki Abed al-Fattah Daoud, 47, dan Shadi Asaad Radwan, 37.

Seorang penduduk diculik dari wilayah al-Khalil, iaitu Nour Abed al-Aziz al-Hendi. Manakala dua yang lain, Muayad Ghazi dan Jamal Abu Amer, diculik dari wilayah Nablus dan dua orang lagi, Zacharia Yousef Amour dan Shihade al-Abssi, dari wilayah Jenin.

(Maan, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts