10 Syarat Gaza Bagi Gencatan Senjata

gaza-strikeAL-QUDS, 17 Jul 2014 (Electronic Intifada) — Laporan media Palestin dan rejim Zionis menyatakan bahawa dua kumpulan utama mujahidin di Gaza iaitu Harakah Muqawwamah Islamiyyah (Hamas) dan Jihad Islami telah menetapkan 10 syarat bagi cadangan perlaksanaan gencatan senjata untuk tempoh selama 10 tahun.

Maariv, sebuah media Zionis, mendakwa seorang pegawai kanan Palestin telah mendedahkan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh dua kumpulan tersebut kepada kerajaan Mesir. Antaranya, kedua belah pihak hendaklah benar-benar menghentikan semua  serangan senjata, sekatan ke atas Gaza hendaklah ditamatkankan sepenuhnya dan dibina semula pelabuhan serta lapangan terbang dengan seliaan oleh pihak antarabangsa.

Hamas dilaporkan masih belum menyatakan syarat-syarat tersebut secara rasmi.

Semalam, Hamas menegaskan mereka tidak dimaklumkan tentang usul gencatan senjata yang diisytiharkan secara sebelah pihak oleh rejim Zionis. Bahkan Hamas hanya mengetahui tentang gencatan senjata itu melalui siaran media.

Hamas menekankan bahawa gencatan senjata tanpa menamatkan sekatan ke atas Gaza tidak akan membawa apa-apa makna, bahkan sekatan itu sendiri menjadi senjata untuk membunuh seluruh rakyat Gaza secara perlahan-lahan.

10 syarat yang diletakkan ke atas rejim Zionis adalah:

  1. Menghentikan serangan oleh kedua-dua pihak serta mengembalikan kereta-kereta kebal di sempadan Gaza ke tempat asal mereka, dan membenarkan petani kembali mengerjakan ladang di tanah pertanian di kawasan sempdadan.
  2. Membebaskan semua tahanan Palestin yang ditahan sejak 23 Jun 2014 dan memperbaiki keadaan tempat tahanan Palestin, terutama sekali bagi tahanan dari Al-Quds, Gaza dan wilayah yang terjajah.
  3. Menghentikan sepenuhnya sekatan ke atas Gaza dan membuka pintu sempadan kepada barangan serta penduduk, dan membenarkan semua bekalan makanan dan industri, dan membina sebuah janakuasa elektrik yang boleh membekal cukup untuk kuasa elektrik ke seluruh Gaza.
  4. Pembinaan sebuah pelabuhan serta lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh PBB dan negara yang tidak berat sebelah.
  5. Meluaskan kawasan perairan menangkap ikan kepada 10km dan membenarkan para nelayan menggunakan bot dan kapal kargo yang lebih besar.
  6. Menukarkan pintu lintasan Rafah sebagai lintasan antarabangsa di bawah penyeliaan PBB dan negera Arab.
  7. Menyetujui sebuah perjanjian damai untuk selama 10 tahun dan menempatkan pemerhati antarabangsa di sempadan.
  8. Kerajaan penjajah mesti memberi komitmen untuk tidak mencabul ruang udara dan memudahkan syarat bagi umat Islam  mengunjungi Masjid al-Aqsa.
  9. Kerajaan penjajah tidak akan campur tangan dalam urusan kerajaan Palestin dan tidak mengganggu penyatuan kebangsaan.
  10. Pemulihan kawasan industri di sempadan serta menjamin keselamatan dan pembangunannya.

Ketua Euro-Mid Observer for Human Rights, Dr. Ramy Abdu, dalam komentarnya menyebut, “Saya percaya syarat-syarat ini sepatutnya telah dipenuhi sejak bertahun yang lalu. Teras kepada syarat-syarat ini bukan suatu yang berbentuk politik, malahan atas dasar kemanusiaan yang terikat secara sah dan mengikut undang-undang. Masyarakat antarabangsa telah beberapa kali menyeru perlaksanaannya. Rakyat Palestin mempunyai hak untuk bergerak masuk dan keluar secara bebas sepertimana orang lain di dunia ini. Merake mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti impot dan ekspot, untuk mengawal sempadan dan juga ruang udara. Rejim Zionis mendakwa mereka telah meninggalkan Gaza, jadi mereka harus berhenti daripada mengawal kehidupan rakyat Palestin.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts