100 lagi tahanan Palestin sertai mogok lapar bantah tahanan pentadbiran

RAMALLAH, 1 Ogos 2016 (PIC) — Sekitar 100 lagi tahanan Palestin memulakan mogok lapar sebagai solidariti ke atas rakan mereka yang sedang mogok lapar bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.

Kumpulan tahanan mogok lapar yang baharu ini dikenakan hukuman secara kolektif dan dikurung secara terpisah.

Suruhanjaya tahanan dan bekas tahanan Palestin menjangkakan lebih ramai tahanan Palestin akan menyertai mogok lapar, terutamanya setelah setiausaha agung Barisan Pembebasan Palestin (PFLP) sendiri yang berada dalam tahanan menyertai mogok tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts