100 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Okt 2017 — Sekurang-kurangnya 100 pendatang Yahudi yang diiring oleh pasukan polis serta dua pegawai perisikan Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa selama empat jam pagi tadi.

Mereka berarak di perkarangan sambil mendengar penerangan tentang sejarah kuil Yahudi, yang didakwa kononnya pernah berdiri di atas tapak suci umat Islam itu. Sebilangan mereka berkaki ayam bagi memenuhi adat ritual.

Pada masa yang sama para jemaah disekat dan diperiksa ketat di semua pintu-pintu masuk.

Sepanjang bulan September lalu, seramai 2,218 pendatang Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa di mana 91 daripada mereka adalah pagawai perisikan dan polis.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts