100 penduduk Palestin cedera, 21 diculik

QALQILYA, 17 Jan 2018 — Hampir 100 orang penduduk Palestin cedera diserang dengan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata dalam beberapa pertempuran dengan tentera Zionis di bandar Azzun, timur wilayah Qalqilya, malam tadi.

Laporan petugas perubatan mengesahkan puluhan wanita, kanak-kanak dan warga emas cedera dan dirawat di tempat kejadian. Walaupun tentera Zionis menutup semua laluan-laluan masuk ke bandar tersebut, puluhan pemuda Palestin berjaya lolos masuk untuk membantu penduduk yang diserang.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis yang dibantu dengan pesawat dron melakukan operasi besar-besaran di Jenin untuk memburu pembunuh yang menembak mati seorang rabai Yahudi di Nablus minggu lalu.

Seramai 21 penduduk Palestin ditangkap dalam operasi tersebut di beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis, termasuk kanak-kanak dan bekas tahanan wanita.

Di Baitulmaqdis Timur, lima kanak-kanak yang berumur dari 14 hingga 17 tahun diculik.

(PIC, Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts