1,000 pendatang Yahudi serbu Kifl Haris

SALFIT, 21 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis mengiringi lebih 1,000 pendatang Yahudi menceroboh masuk bandar Kifl Haris di utara Salfit dan melakukan ritual agama mereka di situ awal pagi tadi.

Tentera membina sekatan jalan di laluan-laluan masuk ke bandar Kifl Haris pada jam 10:00 malam, mengenakan perintah berkurung dengan memberi amaran kepada penduduk Palestin supaya tidak keluar dari rumah mereka.

Pendatang Yahudi berada di situ sehingga jam 4:00 pagi.

Tentera Zionis turut memecah masuk rumah Suleiman Abu Yaqoub dan menahan anaknya Sari, 20, setelah menggeledah rumah mereka.

Pendatang Yahudi telah lama berusaha menghapuskan identiti Islam di bandar tersebut dan cuba memalsu fakta-fakta sejarah. Mereka mendakwa sebuah tapak sejarah Islam di situ sebagai makam nabi Yusyak bin Nun. Beberapa lagi tapak yang dipercayai makam Nabi Zulkifli, ahli sufi Zul Nun, serta sebuah makam yang dibina oleh Sultan Salahuddin, turut didakwa sebagai makam pemimpin-pemimpin Yahudi.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts