104 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 16 Mei 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 104 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Gerombolan besar polis Zionis dikerahkan ke perkarangan tapak suci umat Islam itu, untuk mengawal para penceroboh sehinggalah mereka keluar melalui Pintu al-Silsila.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu.

Polis Zionis menetapkan dua sesi untuk mereka menceroboh masuk, iaitu pada jam 7:00 pagi ketika mana kawasan masjid agak lengang selepas para jemaah menunaikan solat Subuh, dan juga pada waktu tengahari selepas para jemaah mendirikan solat Zuhur.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts