1,059 pendatang Yahudi dan pegawai Zionis ceroboh masuk al-Aqsa sepanjang bulan Julai

AL-QUDS, 1 Ogos 2016 (PIC) — Seramai 1,056 pendatang Yahudi dan pegawai Zionis menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Julai lalu, di mana para jemaah dan petugas masjid turut diserang dan ditangkap.

Laporan yang diterbitkan oleh Q-Press Center menyebut bilangan tersebut melibatkan 874 orang pendatang Yahudi, 127 pegawai perisik Zionis, dan 49 pelajar agama Yahudi.

Sepanjang minggu terakhir bulan Julai, lapan pekerja al-Aqsa diculik dan disoal siasat. Mereka akhirnya dikenakan hukuman larangan memasuki masjid suci itu dari tempoh dua minggu hingga enam bulan.

Q-Press Center turut memberi amaran pencerobohan secara besar-besaran pada 14 Ogos ini, bersempena dengan apa yang dipercayai oleh Yahudi sebagai hari kuil mereka telah dimusnahkan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts