1,090 penduduk Palestin cedera dalam tempoh 10 hari

BEIT LAHM, 24 Julai 2017 — Kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) hari ini menunjukkan sekitar 1,090 penduduk Palestin cedera sejak polis Zionis menyekat kemasukan jemaah ke dalam Masjid al-Aqsa dengan memasang pintu-pintu elektronik pengesam logam lengkap dengan kamera keselamatan, 10 hari lalu.

Ratusan penduduk Palestin cedera apabila pasukan polis Zionis menyerang para jemaah dan pekerja Jabatan Wakaf yang membantah syarat rejim Zionis itu, dengan berjaga dan bersolat di luar pintu-pintu Masjid al-Aqsa.

Statistik menunjukkan seramai 29 penduduk cedera parah ditembak dengan peluru hidup, 374 lagi terkena peluru getah dan 471 orang menjadi mangsa serangan gas pemedih mata termasuk 34 yang terpaksa dikejarkan ke hospital. Manakala 216 yang lain dipukul, dilanggar atau melecur dalam pertempruan dengan pasukan polis.

Tujuh orang penduduk meninggal dunia sejak 14 Julai, termasuk empat orang yang bertempur dengan pasukan polis iaitu Muhammad Mahmoud Sharaf, 18, Muhammad Hassan Abu Ghannam, 20, Muhammad Mahmoud Khalaf Lafi, 17, dan Yousif Abbas Kashur, 24.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts