AL-QUDS, 2 Mac 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin cedera, enam daripada mereka ditembak, apabila tentera penjajah Zionis menyerbu bandar Abu Dis di timur kota al-Quds.
Tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah ke kawasan bandar, khususnya di sekitar Universiti Quds.
Mereka kemudiannya menyerang masuk kem pelarian Shu’fat di timur laut al-Quds sambil menyerang kumpulan pemuda dengan tembakan gas pemedih mata. Lima orang dilaporkan cedera sesak nafas.