BEIT LAHM, 23 Ogos 2016 (PIC) — Seramai 11 penduduk Palestin cedera ditembak apabila tentera Zionis menyerang masuk kota Beit Lahm dan memusnahkan sebuah bengkel besi awal pagi tadi.
Tentera penjajah mendakwa bengkel tersebut digunakan untuk membuat senjata.
Di kem pelarian Duheisheh, tentera menaiki bumbung beberapa rumah penduduk dan kemudian melepaskan tembakan peluru hidup, gas pemedih mata serta peluru tutu yang diharamkan. Ramai penduduk cedera dan sesak nafas, di mana seorang pemuda dikejarkan ke Hospital Beit Lahm untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Sementara itu dua pemuda diculik dari al-Khalil setelah tentera memecah masuk rumah mereka.
Beberapa buah rumah di Tel al-Rumeida turut dipecah masuk dan digeledah sehigga merosakkan perabut.