11 pekerja, 1 pelajar perempuan Palestin diculik

AL-QUDS, 8 Mei 2016 (PIC) — Tentera penjajah petang semalam menculik 11 pekerja dan seorang pelajar universiti Palestin dalam operasi besar-besaran di seluruh wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

11 pekerja Palestin dari Tebing Barat diculik ketika berada dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah atas alasan tidak mempunyai permit masuk. Pemandu yang membawa pekerja tersebut, seorang penduduk asal al-Quds, turut ditangkap.

Manakala seorang pelajar perempuan Universiti Terbuka Quds, Sujoud al-Refai, 21, diculik di sekatan tentera Atara di timur Ramallah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Beliau dipukul secara ganas sebelum ditangkap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts